Tahniah, Anda Putus Cinta!

“Kalaulah aku tahu nak jadi macam ni, awal-awal lagi aku dah tolak couple ngan dia dulu”, kata seorang kenalan pada saya baru-baru ini.

girlpower1Biasalah penangan putus cinta mesti kita akan menyesali tindakan memilihya dari insan-insan lain. Ingatkan si dialah “Mr Right” yang kita idam-idamkan, tapi RUPA-RUPANYA hanya salah seorang dari loser yang tercicir kat dunia ini.

“Aku dah cuba yang terbaik dalam hubungan ini, tapi akhirnya berpisah juga”, katanya lagi. Sebenarnya, tidak perlu salahkan diri sendiri kerana apa yang berlaku. Bukannya kita ini boleh ramal masa depan sama ada kekal atau tidak dengan pasangan kita itu. MEMANG..sakitnya hati bila putus cinta, hidup pun jadi tak keruan, lagi-lagi kalau berpisah ketika hati masih terlalu sayang, asyik menangis sajalah ketika umat lain sedang enak diulit mimpi.

love_wallpaper_111

Macam ini sebenarnya, (saya ingatkan pada diri sendiri), kalau kita sudah lakukan yang terbaik untuk pasangan tapi ada juga halangan yang mendatang, itulah yang dinamakan tiada jodoh. Tapi kalau antara salah seorang dari kita yang asyik buat perangai, itulah namanya TIDAK SERASI. Jadi, bila situasi yang PERTAMA berlaku pada anda, anggaplah itu satu dugaan dalam hidup untuk menjadikan kita insan yang lebih tabah. Jika sememangnya dia diciptakan untuk kita, akhirnya akan bersama juga.

Namun, jika situasi yang KEDUA berlaku pula, ada  cara lain untuk mengawalnya. Kita tak usahlah buang masa mengharapkan ‘buah yang belum masak’ untuk gugur ke tangan. Bila sampai masa, ia akan ‘gugur’ dengan sendirinya dan tergolek-golek ke pangkuan kita tanpa perlu dijolok. Kalau buah itu dipaksa untuk gugur, dijolok-jolok, dipaut dengan galah, tiada maknanya juga, sebab kita tak boleh nak makan. Itulah yang berlaku dalam situasi yang kedua. Tiada keserasian dengan pasangan kerana kita atau dia memaksa diri untuk menyesuaikan diri, padahal dua-dua individu sangat berbeza dari prinsip dan cara hidup. Seolah-olah kita nak gabungkan buah manggis dan gula, yang akhirnya menjadi asid dan meracuni diri kita. Seelok-eloknya carilah gabungan seperti “teh + susu, asam + ikan, sambal + belacan”, digaul menjadi satu, dan menjadi hidangan yang boleh dinikmati.Ceh ..sarkastik pulak..

Begitulah juga dengan cinta. So, tak payahlah nak sedih-sedih lagi. Anggaplah ini peluang untuk bersama dengan manusia yang lebih baik. Diulangi “manusia”! Bukan buaya, atau ular, atau beast, yang langsung tak tahu erti cinta, dan hanya tunggu masa nak membelit kita! Dengan “spesies” hati kering macam ini, tak payahlah nak lebih-lebih sayang, dia takkan faham dan tak tahu nak hargainya,so cakap berjuta kali sayang pun dia buat tak dengar je. Pantang jumpa yang dahi licin, terus cinta dia pada kita  melayang-layang. Orang macam ini takkan berubah selagi dia belum keluar dari “spesies” anutan dia.

2077167646_6ea1c706a3

Udah-udah ler menangis tu.. Jadikanlah itu sebagai satu pengajaran atau panduan untuk mengenali insan lain yang lebih baik dari yang pernah kita temui.

Tuhan temukan kita dengan insan yang salah supaya kita akan lebih berhati-hati bila bertemu dengan insan yang betul. Apabila kita berhati-hati, kita akan lebih mendahulukan kepentingan dan keinginan diri, lebih menyayangi diri sendiri, dan dengan ini kita nampak lebih berharga di mata teman yang baru.  Asam di darat, ikan di laut, dalam periuk bertemu jua! Kita tidak tahu siapa jodoh kita, tetapi kalau ditakdirkan dia milik kita, akhirnya akan bertaut dengan izin Nya. Berusahalah menambah teman yang sejati tidak kira berlainan pangkat, budaya, jarak, usia dan sebagainya tanpa meletakkan sempadan dalam persahabatan. Keikhlasan tidak cukup untuk diukur pada pandangan pertama because looks could be deceptive. Akhirnya, pilihlah pasangan yang serasi dengan diri kita, kerana dengan keserasian itulah datangnya perhubungan yang berkekalan.

P/s : Tahniah kerana sudah putus cinta!! Ini menandakan pertemuan dengan insan yang lebih baik! Gud luck!

2 Respons to “Tahniah, Anda Putus Cinta!”

  1. Tanpa Nama Says:

    ada jodoh mmg tak kemana..
    but, yg bulat takkan dtg brgolek..
    yg pipis takkan trbang melayang..
    tiada usaha, mana mungkin ada kejayaan.

  2. Cik Mata Hati Says:

    Setiap umat kenalah berusaha.
    Cuba baca perenggan ketiga betul2.
    “Macam ini sebenarnya, (saya ingatkan pada diri sendiri), kalau kita sudah lakukan yang terbaik untuk pasangan tapi ….

Your comment will reflect your IQ, so it better be wise. Anything that contain harsh word will automatically be sent to spam. TQ Wordpress. U make my day! Hehe! -Sabar itu Separuh Dari Iman-

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s