“Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai  reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya  nak tulis ni. Tapi,  apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego  masing-masing.  Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First  of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

“Kita  macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?”

You,   bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat  perempuan tak bosan ke, you?  Cheesy punya pick up line (Ayat  mengurat)  baik tak payah,  you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line  tu  mungkin sebab lelaki zaman you  dah tak ada idea nak mengurat dah.  So, I  memang faham kalau kenapa  lelaki zaman you ramai yang tak couple  dan  kahwin lambat.

Sayang,  I nak tanya you ni. Lelaki ni  memang ada supplier nombor  telephone ke? I  pelik lah bila tiba-tiba  ada orang call I kata nak  berkenalan. Entah  mana kaum you dapat no  telephone I pun I tak tahu.  Mesti mintak dengan  orang lain. Tak ke you  rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu  cara yang tak gentleman  langsung?

Pula tu, bila call  je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan.  Tapi kan, mana  ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan.  Ni mesti  nak  mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan  kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang  mengurat dia, lelaki tu akan cakap   yang perempuan tu jual  mahal dan  sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je  cakap yang  perempuan ni murah dah mudah melayan. What  the hell, you?

Dear ONLY you.

Tahukah   you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila  perempuan  tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu  perasan  kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan  tu  just being  nice. Can’t you boys see that? Can’t you?

Hunny,  you  bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau  dieorang,  kalau  betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah  habis-habis.  InsyaAllah  kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak  mengurat tu,  tak perlulah ayat manis-manis.  Ayat-ayat manis akan membuatkan kami  (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risaulah kalau  muka you all  (Lelaki) macam  longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan)  boleh terima  sebab kita orang ni bukan macam you all  (Lelaki) yang  hanya tengok  luaran. Pantang nampak perempuan cantik,  terus jadi ulat  bulu yang  berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi  kalau dah dapat perempuan  selepas mengurat tu, tak payah lah nak  touch  and go. Masa belum  dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah  dapat,  buat dono je. Masa  tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik  tali. Tapi bila dah lama  couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah;  mudah sangat bosan  dengan sorang awek. Actually, you guys patut  bersyukur sebab perempuan  mudah terima  segala kekurangan yang ada kat  you all. Tapi you all,  sibuk nak  macam-macam dari perempuan. Lelaki  memang mengada-ngada lah.  Tak reti  bersyukur langsung.

You, kenapa bila some  girl tu dah  reject some kaum lelaki, dieorang  akan berdendam? Kacau  pak we perempuan  tu lah, stalk lah, apa lah.  What? Everygirl in this  world loves you?  U gila ke? Diaorang kena terima you  sebagai BF? Kalau tak you  akan rosakkan seluruh  hidup dia? You dan kaum  you akan berdendam  dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh.  Patut lah  kaum you makin  pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak  dengan  kaum I, mesti  huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you  tau. I  tak cakap  pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Baby,   you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang  perempuan.  I  tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang  perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah  kan I  kalau  I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil  you  tak  kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi  I  pandang  lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?

Lagi satu.  Kenapa its okay kalau you borak dengan  perempuan tapi bila I  borak  dengan lelaki je, you kata I curang. I borak  sebagai kawan. Tapi  you  tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan  perempuan cantik.   Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil  borak-borak tak ada   makna. Huh. Tambahan pula you, perlu ke bila ada  someone suka kat I, si   lelaki tu pergi bagi tahu  seluruh dunia  sampaikan bila I jalan depan   budak-budak lelaki, deorang  akan  kenen-kenen kan I dengan orang yang   sukakan I tu? I rimas tau.

You,  I perasan yang you  nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you  entah macam apa-apa.  Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak  tinggal.  Nak imam  apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas?  You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak  perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Honey, dalam banyak-banyak   benda yang I paling tak puas hati adalah  bila lelaki bercakap bab  kahwin  lebih dari satu. Kononnya sayang sangat  kat I so you kawin  lebih dari  satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis  larh. Lelaki memang  macam tu.  Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari  satu, mesti kasi  jawapan  ”Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan  dapat payung  emas di  syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh  masuk syurga  tau. Asalkan  bersolat, puasa, jaga maruah dan mentaati  suami, sure  masuk syurga. Tak  payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri  pertama  masuk syurga konon.  Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak  tahu?  Kaum I tahu semua tu  you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum  kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I.  Mintak MMS gambar tak  pakai  tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang   bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik  lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah  semua lelaki kat dunia ni  tak  teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak  you?

Akhir  kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu,  kasi lah cara kretif  sket.  Ubah sikit teknik tu. Guna  kan inovasi dan  kretiviti. Hantar  lagu  ke. Hantar bunga ke. Tengok lah  sikit cerita  korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je  hot, hensem,  malah romantik.   Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw  Hubby you tau,   nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem.  Kalau tak, jangan   harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak  handsome. Tak   romantik pula tu.

Well you. The most fragile  part in a  girl body is her heart. So, take a  good care  of it. Its nice  to see.  Nice to hold. But once broken,  considered for  sold! Ingat tau  nasihat I ni. Nasihat iklas dari your  future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I. Jangan rosakkan diri u. I tak nak second hand good”

With a lil help from Liyana Fadhillah Harris.

Sumber : http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-nasihat-dari-wife-masa.html

hari tu ada surat cinta untuk future wife, nie surat cinta dri future wife lak
nie link surat untuk future wife http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=507900&highlight=surat