Bila laki nak MENGURAT kita..

Dunia ni mintaklah ape saja..

Masak nasi goreng lembik pun,

Sedap sampai licin ditelannya,

Tunggu kita mekap berejam,

Sanggup tidur dalam kereta,

Belum lagi panggil datang,

Sat gi dah terpacak depan mata,

Mengadu sakit pening,

Terus sampai panadol berdozen-dozen,

Menegur silap terasa terjaga,

Ambil berat lagilah suka,

Tersepak batu kecil,

Batu tu nak digigitnya,

Badan gemuk dikata bottylicious,

Jerawat penuh dikata jelita,

Umah kecil terasa istana,

Kereta takde air cond pun,

Terasa macam di Antartika,

Dating tepi tong sampah pun wangi,

Hantar kerja lepas subuh pun ‘no problem’,

Merajuk dikata manja,

Marah dikata comel,

Muka pucat takde mekap,

Dia tengok macam Britney Spears,

Banyak kawan dikata pandai bersosial,

Kurang kawan dikata memilih orangnya,

Sanggup stadi bersama tak nak gagal,

Mahu sama-sama berjaya,

Hari-hari nak jumpa,

Pagi petang sanggup ditelefonnya,

Bila kita cakap jumpa esok lusa,

Time-time tu jugak nak jumpa,

Kalau kita komplen dan merungut,

Dikata takpe ade pendirian orangnya,

Sibuk bekerja dikata inilah Iron Lady,

Pandai berdikari pandai jaga diri..

Mintak pinjam seringgit dua,

Sanggut dihulur seribu dua,

Abang sayang mintaklah apa saja,

Memuji-muji perkara biasa,

Jual mahal dikata cabaran,

Kawan mengata habis di’defend’nya,

Sedara mara family kawan semua sukakan kita,

Tak sabar-sabar dah nak kita bersaudara,

Lautan api sanggup direnangi,

Asalkan pujaan hati menjadi miliknya..

Tapi bile kita TAK NAKKAN dia,

Atas dasar silapnya jua,

Habis keluar segala lakonannya,

Air manis dirasa cuka,

Muka cantik tengok macam serigala,

Suara lembut dikata gempita,

Badan cantik dikata gorilla,

Muka jijik gambar buang semua,

Ditegur silap dikata besar kepala,

Ambil tahu urusannya dipanggil queen control pula,

Banyak kawan dikata murahan,

Tak ramai kawan dikata sombongnya,

Bila merajuk rasa nak bagi penampar,

Bila marah dikata tak hormatkan dia,

Salahkan hidup tak tentu hala,

Apa yang ditolong pun berkira,

Terjatuh dikata padan muka,

Sakit demam disuruh gi mampus je,

Temberang bocor dikata fitnahbelaka,

Tak balas mesej lagilah bahagia,

Tak dapat jumpa dikata main kayu tiga,

Sibuk bekerja dikata tak ke mana,

Memaki hamun jadi normal,

Jual mahal dikata perasan power,

Sedara family kawan semua bencikan kita,

Dah lama tunggu nak jodohkan dengan anak sedara,

Satu kebaikan langsung tak dikira,

Dialah syaitan dan engkaulah malaikat,

Dialah pemangsa dan engkaulah mangsa,

Padahal bercinta bertahun lamanya..

Takkan kau tak kenal siapa kau cinta,

Kalau dia jahat sangat..

kenapa sampai sekarang kau stalk blog dia?

Lelaki-lelaki, macam-macam hal dunia..

Mungkin lebih sesuai dengan bidadari syurga.

P/s: Cinta sejati? Try la say ‘NO’, nanti tahulah ‘sejati’ ke tak.